BORANG PENCALONAN BAGI PEMILIHAN AJK PAUTM SESI 2023-2025

Persatuan Alumni UTM (PAUTM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAUTM Kali Ke-9 dalam masa yang terdekat dan pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi sesi 2021-2023 akan diadakan. Justeru, pemilihan AJK baharu bagi sesi 2023-2025 akan diadakan dalam mesyuarat tersebut. Semua ahli PAUTM yang berdaftar adalah layak untuk bertanding bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

  • Seorang untuk jawatan Presiden
  • Seorang untuk jawatan Timbalan Presiden
  • 5 orang untuk jawatan Ahli Jawatankuasa
  • 2 orang untuk jawatan Juru Audit Dalaman

Semua ahli PAUTM yang berdaftar adalah dibenarkan untuk menyertai penamaan calon samada untuk mencalonkan diri sendiri atau rakan alumni. Setiap penyertaan tidak dikenakan bayaran. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan. Anda tidak diwajibkan untuk menamakan calon di setiap jawatan, minimum pencalonan hanya satu jawatan sahaja. Anggaran masa untuk mengisi borang ini ialah 5 – 10 minit. Calon-calon adalah wajib untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAUTM Kali Ke-9 seperti yang telah dijadualkan.

Sila tekan link dibawah untuk mendapatkan borang pencalonan tersebut:
https://forms.gle/SqtsoWKkbmoPey8h8 
TARIKH TUTUP BORANG: 27 MAC 2023

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami untuk butiran lanjut:
Whatsapp:  https://wa.me/60173946467
Telegram: https://t.me/persatuanalumniutm 
Emel: pautmkl@gmail.com