Persatuan Alumni UTM (PAUTM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada para graduan sempena Majlis Konvokesyen ke-64 (MK64). Majlis konvokesyen ini diadakan selama 7 hari iaitu dari 11 hingga 18 Disember 2021 di Dewan Sultan Iskandar. Kali ini, seramai 8,956 orang graduan yang terdiri daripada empat peringkat pengajian iaitu Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua graduan.

PERHATIAN!!!
Bagi menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua, kami di PAUTM ingin menjemput semua Graduan MK64 untuk menyertai Program Isi & Menang melalui pengisian Borang Wang Hemat Diri seperti yang tertera.

Jangan lepaskan peluang ini, menangi pelbagai hadiah menarik!

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Disember 2021. Pemenang akan diumumkan pada 31 Jan 2022
(Untuk maklumat lanjut sila lihat poster di bawah)

#pautm
#proudtobeanalumni