Majlis makan malam ini diadakan untuk memupuk talian silaturrahim antara para graduan Maktab Teknik, Institut Teknologi Kebangsaan dan juga UTM daripada tahun 1960 hingga 1979. Butiran majlis makan malam tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Disember 2022 (Sabtu)
Masa: 6.00 pm hingga 11.00 pm
Tempat: Grand Petra 1 & 2, UTM Hotel & Residence

Aturcara:
6.00 pm – 7.30 pm : Majlis Cocktail
7.30 pm – Pendaftaran
7.40 pm – Ucapan dari Pengerusi JK Pengelola
7.50 pm – Jamuan makan dimulakan
9.30 pm – Penyampaian hadiah Pertandingan Golf
10.00 pm – Persembahan ‘Live Band’ oleh Techs Oltais Band yang terdiri dari graduan MT/ITK/UTM
11.00 pm – Majlis Bersurai

Sebelum acara kemuncak iaitu Majlis Makan Malam Techs Alumni, terdapat aktiviti sukan golf dan lawatan kampus UTMKL. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

8hb Disember 2022 (Khamis)
8.00 pagi – 1 petang: Pertandingan Golf di Kelab Golf Perkhidmatan Awam untuk Graduan 1970 hingga 1979.

9hb Disember 2022 (Jumaat)
8.00 pagi – 1 petang: Pertandingan Golf di Kelab Golf Perkhidmatan Awam untuk Graduan 1960 hingga 1969.

10hb Disember 2022 (Sabtu)
10.00 pagi – 12 tengahari: ‘Down Memory Lane’. Lawatan berjalan kaki di sekitar kampus untuk meninjau Asrama Blok C,F dan F serta blok-blok kuliah/ bengkel dan bangunan Satcom yang masih ada.

6 petang – 11 malam: Makan Malam Techs Alumni 2022

Kehadiran:
Seramai 180 orang Alumni telah menghadiri aktiviti dan majlis tersebut di mana 36% daripadanya terdiri dari para graduan tahun 1960 hingga 1971 (Super Senior dan Senior) yang kebanyakannya graduan bukan Melayu manakala selebihnya adalah merupakan graduan Melayu.

Majlis berjalan dengan begitu meriah dan mencapai matlamat mengeratkan persahabatan muhibah yang telah lama terjalin dengan mengimbau semula kisah-kisah lampau semasa belajar dahulu.