Persatuan Alumni UTM (PAUTM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para graduan sempena Majlis Konvokesyen ke-66 (MK66). Majlis konvokesyen ini diadakan selama 5 hari iaitu dari 21 November hingga 25 November 2022 di Dewan Sultan Iskandar. Kali ini, seramai 7, 934 orang graduan yang terdiri daripada empat peringkat pengajian iaitu Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua graduan.

Sila imbas Qr Code di atas untuk mendaftar sebagai ahli aktif persatuan.

PERHATIAN!!

Bagi menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua, kami di PAUTM menjemput semua Graduan MK66 untuk mendaftar sebagai ahli aktif di persatuan ini melalui pengisian Borang Wang Hemat Diri seperti di Qr Code di atas. Pendaftaran ini adalah khas untuk para graduan UTM bagi sesi ini.

#proudtobeanalumni
#pautm