30 JANUARI 2023 | Persatuan Alumni UTM (PAUTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa (PAUIA) di Pejabat mereka. Kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh Presiden PAUIA sendiri dan beliau sempat meluangkan masa berkongsi idea-idea baru yang dapat diusahakan bersama melalui program sukan, sosial dan keusahawanan.

Turut hadir adalah YB. Senator Sr. Hj. Mohd Apandi Mohamad (Presiden PAUTM), En. Muhammad Fareez Abu Shuaib Khan (Setiausaha Agung PAUTM), En. Azhar Omar (AJK PAUTM) dan En. Mohd Yazid Mohammed Noor (Pengurus PAUTM).

#proudtobeanalumni
#PAUTM
#PAUIA