29 Mac 2023 | Persatuan Alumni UTM telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad di pejabat beliau di Ipoh, Perak. Kunjungan hormat ini bertujuan menyampaikan kad Touch ‘n Go kepada beliau. Untuk makluman, beliau merupakan graduan di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik & Matematik). Selain itu, wakil PAUTM juga telah menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan kepada persatuan dan tahniah atas perlantikannya sebagai MB Perak.

PAUTM dihadiri oleh:
Presiden – YB. Senator Sr. Hj. Mohd Apandi bin Hj. Mohamad
AJK – Datuk TPr. Hj Lokman bin Hj Omar
Pengurus – Encik Mohd Yazid bin Mohammed Noor

#PAUTM
#ProudtobeAlumni