29 DISEMBER 2022 | Persatuan Alumni UTM (PAUTM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg Datuk Seri Mahadi Che Ngah di Pejabat Datuk Bandar, Menara 2 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Datuk Bandar sendiri dan beliau sempat meluangkan masa selama 45 minit berkongsi pelbagai cerita nostalgia semasa pengajiannya di UTM. Selain daripada itu, kunjungan hormat ini diteruskan dengan perbincangan berkaitan hala tuju persatuan ini dan beliau telah mencadangkan kepada wakil-wakil persatuan beberapa peluang baru untuk diteroka bagi meneruskan kesinambungan PAUTM.

Untuk pengetahuan, YBhg Datuk Seri merupakan Alumni UTM daripada jurusan Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada tahun 1983 dan sudah berkhidmat di DBKL selama 38 tahun.

Turut hadir adalah YB. Senator Sr. Hj. Mohd Apandi Mohamad (Presiden PAUTM), Dato’ TPr. Hj. Lokman Omar (AJK PAUTM), En. Muhammad Fareez Abu Shuaib Khan (Setiausaha Agung PAUTM) dan En. Mohd Yazid Mohammed Noor (Pengurus PAUTM).

#proudtobeanalumni
#PAUTM