22 DISEMBER 2022 | PAUTM telah menjalankan satu kunjungan hormat ke Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) di pejabat mereka di UPM Serdang. Kunjungan hormat ini disambut baik oleh pihak PAUPM sendiri di mana ia dihadiri oleh Hj. Ghazali Selamat (Penasihat PAUPM), YBhg. Dato’ Raihan Sharif (Presiden PAUPM), YH. Dato’ Syed Abd Rahman Abd Rashid (Timb. Presiden PAUPM), Dr. Ibrahim Mohamed (Setiausaha Agung PAUPM) dan Cik Norfadliza Minhat (Pen. Setiausaha PAUPM).

Turut hadir adalah YB. Senator Sr. Hj. Mohd Apandi Mohamad (Presiden PAUTM), En. Muhammad Fareez bin Abu Shuaib Khan (Setiausaha Agung PAUTM) dan En. Mohd Yazid bin Mohammed Noor (Pengurus PAUTM).

Kunjungan hormat ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama PAUPM dan PAUTM yang sama-sama menyambut sambutan ulang tahun ke-50 tahun penubuhan universiti. Disamping itu, kami berkongsi pelbagai idea dan input berkaitan pengoperasian persatuan dari sudut kewangan dan program serta aktiviti-aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai graduan berminat untuk menyertai Persatuan Alumni mereka.

PAUTM mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak PAUPM menerima kunjungan hormat ini dan semoga hubungan erat ini akan kekal berterusan.