16 JANUARI 2023 | Kolej Siswa Jaya (KSJ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur sekali lagi mengadakan Festival Terbuka Kolej atau lebih dikenali sebagai Fiesta ’23. Ia telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Alumni UTM (PAUTM). Fiesta ’23 telah diadakan selama 3 hari iaitu pada 13 hingga 15 Januari 2023 di Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur. 

PAUTM telah bersetuju untuk menaja sebanyak RM1,000.00 secara tunai di FIESTA ’23 untuk menjalankan pelbagai aktiviti supaya matlamat program tercapai. Fiesta ’23 diadakan untuk menyediakan platform kepada pelajar dan komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan, kerja berpasukan dan semangat kepimpinan. Selain itu, festival ini juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang ceria dan menyeronokkan bagi semua peserta di samping meningkatkan kemahiran bersosial serta komunikasi para pelajar. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam Fiesta ’23 ini, antara Program Derma Darah, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, rumah hantu, pertunjukan hiburan seperti persembahan nyanyian, mini movie dan banyak lagi. Selain aktiviti yang telah disebutkan, terdapat pelbagai jualan untuk meriahkan lagi program ini. Program berakhir dengan ucapan perasmian penutupan oleh Pro Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Bin Saleh, dan juga Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin Bin Hj Abu.