Kuala Lumpur, 24 Mei 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan PAUTM Cawangan Bidang Senibina Kali ke-1 dan Program Libatsama Ramah Mesra Alumni UTM Tahun 2025 anjuran PAUTM Senibina dan Pusat UTMAlumni, bertempat di Bilik Seminar Petra 2, UTM Hotel & Residence, KL
Ar. Saifuddin bin Ahmad, Pengerusi PAUTM Senibina, mengucapkan terima kasih atas kehadiran deligasi dari UTM & Alumni UTM Senibina yang hadir.
Ucapan Tahniah & Terima Kasih kepada Encik Kamil Merican, Ketua Pegawai Eksekutif GDP Architects Malaysia yang telah dilantik sebagai Penaung PAUTM Senibina dan beliau juga telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada PAUTM Senibina, sebagai suntikan dana.
Tahniah juga kepada Ar. Mohamed Hafiz Hashim, yang telah dipilih sebagai Pengerusi PAUTM Senibina sesi 2025-2027 serta AJK yang baharu.
Turut hadir YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharruddin, Timb. Presiden PAUTM, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin, Setiausaha Kehormat PAUTM.