MESSAGE FROM PRESIDENT

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pengujung laman web ini khususnya seluruh warga alumni UTM. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga dan para sahabat sekalian.

Pertama sekali saya memanjatkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya laman web Persatuan Alumni UTM (PAUTM) telah sedia dilayari. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melayari laman web ini.

PAUTM tidak ketinggalan ingin mengambil manfaat daripada kemajuan teknologi maklumat dan ICT menjadikan ia sebagai salah satu sumber penyebaran maklumat yang penting selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang kini melangkaui segenap pelusuk dunia. Laman web ini akan bertindak sebagai medan penyebaran maklumat mengenai aktiviti/program Persatuan, gambar-gambar aktiviti, barisan AJK, dan juga beberapa maklumat yang lain.

Segala cadangan yang baik berkenaan aktiviti Persatuan atau mengenai laman web bolehlah dikirimkan melalui e-mail di laman web ini supaya ianya dapat dikaji oleh AJK. Pandangan dan sumbangan tuan/puan amat kami hargai demi kebaikan kita bersama. Segala kekurangan di dalam laman web ini saya ingin memohon ampun dan maaf dan Insya’ Allah akan perbaiki kandungannya dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Tan Sri (Dr) Ir Jamilus Hussein

Presiden