Welcome to PAUTM Online

Homecoming Alumni 09

Dari kiri: Wakil CIMB, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Tan Sri Dato’ Ir. Jamilus bin Hussein dan Prof. Madya Abdul Razak melancarkan Kad Kredit Alumni UTM(Direct Access Platinum)

Tarikh: 5 Disember 2009, Sabtu

Jam: 8.00 malam

Tempat: Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

Anjuran: Unit Perhubungan Alumni(UPA) & dengan kerjasama PAUTM

Majlis berjaya menghimpunkan seramai 400 orang alumni dari pelbagai kursus. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Naib Canselor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang dan isteri; Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Prof. Dr. Mohd Tajudin bin Hj Md Ninggal; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Marzuki bin Khalid; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ir. Dr. Azraai bin Kassim; Timbalan Presiden PAUTM, Tan Sri Dato’ Ir. Jamilus bin Hussein; Pengarah Kampus Antarabangsa, Prof. Dr. Hamdani bin Saidi; Dekan Kolej Sains & Teknologi, Datuk Prof. Dr. Azhari bin Hj. Salleh.

Last Updated ( Monday, 14 December 2009 12:48 ) Read more...
 

DKA 78-83 Lunch

Lokasi: Café Alumni @ Gate 5

Masa: 12.30t/hari

“Gathering Lunch DKA 78-83” kali ini mengumpulkan 16 orang di majlis makan tengahari bertempat di Café Alumni, Persatuan Alumni UTM, Jln Maktab, KL. Majlis ini ditaja oleh Pengerusi DKA 78-83, Dato’ Shaari Adam. Lagi Gambar.

 

Last Updated ( Friday, 20 November 2009 09:39 )
 

DIRECT ACCESS UTM ALUMNI PLATINUM MASTERCARD

Semua warga alumni dan staff UTM yang berumur melebihi 21 tahun dan berpendapatan tahunan RM 24,000 atau melebihi RM2,000 sebulan adalah layak dan dialu-alukan untuk memohon kad kredit ini. Antara kelebihannya:

  • Yuran keahlian percuma untuk seumur hidup
  • 3 kad tambahan.
  • Mata ganjaran.
  • Rebat petrol (sila download brochure untuk maklumat lebih lanjut)
  • 0.1 % daripada transaction yg digunakan oleh alumni akan dimasukkan ke dalam tabung Alumni Endowment.

Tabung Alumni Endowment ini akan digunakan utk membiayai beberapa perkara tertentu.  Sebarang pengeluaran/penggunaan/pelaksanaan tabung akan diputuskan dalam panel Jawatankuasa yang terdiri daripada UTM dan wakil PAUTM. Secara tidak langsung, alumni boleh menyumbang dan berbakti kepada UTM.

Alumni UTM akan melancarkan “Direct Access UTM Platinum Mastercard” pada 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Season, KL sempena majlis makan malam Homecoming Alumni 2009. Sila download brochure/borang permohonan di sini. MOHON SEKARANG!

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Unit Perhubungan Alumni (UPA): 07-553 6002/553 6009.

 

Last Updated ( Wednesday, 18 November 2009 12:02 )
 

Homecoming Alumni 2009

Homecoming Alumni yang diadakan pada setiap 2 tahun ini merupakan anjuran Unit Perhubungan Alumni UTM dengan kerjasama Persatuan Alumni UTM (PAUTM) akan berlangsung buat sekian kalinya pada 5 Disember ini. Majlis ini terbuka kepada semua Alumni UTM demi mengeratkan lagi silaturahim antara Alumni dan membentuk rangkaian baru dan lama.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh download brochure di sini atau boleh layari website UPA.

Last Updated ( Friday, 13 November 2009 12:27 )
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 21

Job Seekers

Fresh Graduate!
Please submit your resume to:
pautm@utmalumni.org.my

Rumah Alumni

Rumah PAUTM

Rumah Alumni,
No. 30 Jalan Maktab,
Off Jalan Semarak,
54100 Kuala Lumpur.
Tel : +603.2698.8455
        +603.2615.4555
Fax : +603.2698.8453
Email: pautm@utmalumni.org.my

Jadi Ahli PAUTM?

Membership call

Jadi Ahli KAUTMB

QS Bina

QS Bina Alumni UTM

Alumni Senibina

PAUTM Groups

Klik Untuk Sertai PAUTM
Subscribe to PAUTM